Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
105) BIASISWA YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah dana yang dibelanjakan oleh Yayasan Selangor menerusi biasiswa pendidikan pada tahun 2010?
Jumlah dana yang dibelanjakan oleh Yayasan Selangor menerusi biasiswa pendidikan pada tahun 2010 adalah sebanyak RM417,800.00
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan peluang-peluang biasiswa pengajian tinggi melalui Yayasan Selangor bagi bidang-bidang baru seperti penyelidikan termasuk kursus-kursus tertentu di luar negara untuk meningkatkan sumber modal insan?
- Yayasan Selangor hanya memberi pinjaman pelajaran untuk kursus di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama).
Tiada peruntukan pinjaman pelajaran / biasiswa untuk penyelidikan di peringkat sarjana dan doktor falsafah setakat ini.
Yayasan Selangor juga tiada peruntukan pinjaman pelajaran / biasiswa bagi pelajar yang menuntut di universiti luar negara setakat ini.