Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
60) BIASISWA SAGONG TASI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini program ini?
Biasiswa Sagong Tasi merupakan program biasiswa yang diperkenalkan pada tahun 2015 khas untuk 10 pelajar Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran di UNISEL. Program Biasiswa ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan bekerjasama Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna dan pihak UNISEL. Kerjasama ini dibuat memandangkan mekanisme pelaksanaan program Biasiswa Sagong Tasi memerlukan pendekatan yang sedikit berbeza berbanding dengan biasiswa lain contohnya Biasiswa
Pada masa ini, perbincangan awal di antara wakil Kerajaan Negeri Selangor dengan ketua komuniti Orang Asli Bukit Tampoi telah dibuat pada 7 Oktober 2015 yang turut dihadiri oleh wakil daripada UNISEL. Hasil daripada perbincangan tersebut, satu program berkaitan Biasiswa Sagong Tasi akan diadakan di Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Sepang yang dijangka pada bulan November 2015. Program ini bertujuan bagi membantu anak- anak Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tercapai dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan mereka.
-
Berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk program ini?
Peruntukan bagi Biasiswa Sagong Tasi adalah termasuk dalam peruntukan tahunan Biasiswa Selangorku sebanyak RM10.0 juta. Belum ada peruntukan digunakan bagi program ini memandangkan masih belum ada penerima.
-
Siapakah yang terpilih untuk program ini?
Pemilihan calon untuk kemasukan pertama penerima Biasiswa Sagong Tasi ke UNISEL pada tahun 2016 akan dilaksanakan dengan mengambil kira kriteria-kriteria yang ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri dalam membantu anak-anak Orang Asli melanjutkan pelajaran tercapai.