Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
205) BIASISWA/PINJAMAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK PEGAWAI ANAK SYARIKAT SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah permohonan dan jumlah yang telah diluluskan untuk biasiswa/pinjaman pendidikan kepada pegawai-pegawai Anak Syarikat Selangor sejak pelancaran skim ini dan unit manakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala permohonan dan kelulusan?
Jumlah permohonan daripada anak-anak syarikat dan badan-badan berkanun Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:
BIL NAMA SYARIKAT JUMLAH PERMOHONAN 1. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 16 permohonan 2. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 8 permohonan 3. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 5 permohonan 4. Permodalan Negeri Selangor Berhad 2 permohonan 5. Kumpulan Darul Ehsan Berhad 5 permohonan Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat dan Badan-Badan Berkanun (TPASBB) Bil.2/2012 telah memutuskan bahawa setiap agensi perlu memutuskan calon yang layak untuk dikemukakan kepada pihak urusetia sebelum 5 Julai 2012.
Urusetia bagi Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat dan Badan-Badan Berkanun (TPASBB) adalah Bahagian Analisa Pemantauan Pelaburan dan Pinjaman (APP), Perbendaharaan Negeri Selangor.
-
Apakah jenis biasiswa/pinjaman yang ditawarkan di bawah skim ini dan kriteria
Jenis Biasiswa / pinjaman yang ditawarkan di bawah skim ini dan kriteria-kriteria untuk mereka yang layak untuk memohon Biasiswa / pinjaman pendidikan adalah seperti di Lampiran A.
LAMPIRAN A
GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PENCALONAN DERMASISWA /
BIASISWA BAGI PROGRAM SIJIL / DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA /
IJAZAH LANJUTAN / KURSUS PROFESIONAL BAGI ANAK-ANAK
SYARIKAT DAN BADAN-BADAN BERKANUN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI PENGAJIAN 2012/2013
- SYARAT UMUM
Calon hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan / sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah peningkatan kepada keberkesanan organisasi. Anak-anak syarikat / badan berkanun yang mencalonkan pegawai masingmasih juga boleh mengenal pasti kursus yang bersesuaian yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan yang diiktiraf atau setaraf dengannya.
- SYARAT KHUSUS
- PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
- i) Terbuka untuk anak-anak warga kerja anak-anak syarikat yang berjawatan tetap dan kontrak serta telah disahkan ke dalam jawatan; ii) Pemohon mestilah berumur 18 tahun sehingga 25 tahun.
- Mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM (sekurang-kurangnya 5A) atau STPM (sekurang-kurangnya 3A). Jawatankuasa boleh menggunakan budi bicara untuk menawarkan bantuan kepada anak-anak warga kerja yang berkelayakan sekiranya tidak terdapat permohonan yang memenuhi syarat ini;
- Telah mempunyai diploma dengan kelulusan PNGK sekurang-kurangnya
3.0; dan
- Telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di Matrikulasi atau mana-mana IPT Awam dan Swasta yang diiktiraf.
- PROGRAM SIJIL / DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH LANJUTAN
/ KURSUS PROFESIONAL
- Terbuka untuk warga kerja anak-anak syarikat yang berjawatan tetap dan kontrak serta telah disahkan ke dalam jawatan;
- Telah ditawarkan tempat di IPTA/IPTS/Institusi berkaitan;
- Warga kerja yang sedang mengikuti pengajian boleh memohon dengan syarat tempoh pengajian masih berbaki semasa permohonan;
- Berjawatan tetap dan telah disahkan ke dalam jawatan serta telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun bersama anak-anak syarikat/badan berkanun;
- Warga kerja yang berkhidmat secara kontrak adalah layak untuk memohon sekiranya baki perkhidmatan melebihi (sekurang-kurangnya tiga [3] bulan) selepas tempoh pengajian ataupun tertakluk pada tempoh yang ditetapkan oleh anak-anak syarikat/ badan berkanun;
- Telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/ institusi-institusi yang berkaitan yang diiktiraf oleh MQA/ badan-badan bertauliah/profesional;
- Kursus / pengajian yang diambil mestilah diakreditasikan oleh MQA/ badan-badan bertauliah/profesional serta relevan dengan bidang tugas dan keperluan syarikat/ badan berkanun;
- Mencapai sekurang-kurangnya tahap on target di dalam penilaian prestasi tahunan individu selama tiga (3) tahun berturut-turut dari tarikh permohonan;
- Mempunyai rekod disiplin yang baik dan tiada dikenakan sebarang tindakan oleh Lembaga Tatatertib untuk tempoh 3 tahun;
- Permohonan mestilah mendapat sokongan dan pelepasan daripada
Pengurus Besar/Ketua Pegawai Eksekutif; xi) Tertakluk kepada ikatan perjanjian untuk berkhidmat bersama Syarikat selama tempoh tertentu; dan
xii) Memiliki syarat kelayakan akademik seperti berikut:
PERINGKAT PENGAJIAN KELULUSAN PNGK ATAU SETARAF DIPLOMA SARJANA MUDA SARJANA Sijil Tidak berkaitan Diploma Tidak berkaitan Sarjana Muda 2.5 dan ke atas Tidak berkaitan Sarjana Tidak berkaitan 2.5 dan ke atas Tidak berkaitan PhD Tidak berkaitan 2.5 dan ke atas Lulus Kursus profesional Tidak berkaitan - KEMUDAHAN
- YURAN DAN ELAUN
- PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
- YURAN DAN ELAUN
Anak-anak wargakerja yang berjaya akan ditawarkan Dermasiswa / Biasiswa dengan mengambil kursus ini secara sepenuh masa (full time). Elaun dan bantuan yang layak diterima adalah seperti berikut:
BIL. BAYARAN/ ELAUN KADAR 1. Yuran Pengajian Dibayar berdasarkan invois tuntutan oleh pihak IPT 2. Elaun Buku (setahun) RM400 3. Elaun Alat Tulis (setahun) RM400 4. Elaun Sara Hidup (dibayar setiap tiga bulan sekali) RM700 sebulan - PROGRAM SIJIL / DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH LANJUTAN / KURSUS PROFESIONAL
Pegawai-pegawai yang berjaya akan ditawarkan Dermasiswa / Biasiswa dengan mengambil kursus ini secara separuh masa (part time). Elaun dan bantuan yang layak diterima adalah seperti berikut:
BIL. BAYARAN/ ELAUN KADAR 1. Yuran Pengajian Dibayar berdasarkan invois tuntutan oleh pihak IPT 2. Elaun Buku (Setahun): (i) Sijil / Diploma / Diploma Lanjutan
(ii) Ijazah Sarjana Muda
(iii) Kursus Profesional
(iv) Sarjana
(v) Doktor Falsafah (PhD)
RM 525 RM 525
RM 525
RM 750
RM 825
BIL. BAYARAN/ ELAUN KADAR 3. Elaun Alat tulis (setahun) RM 700 4. Elaun Penyediaan Tesis (sekali sahaja): (i) Diploma Lanjutan (ii) Sarjana
• Kerja kursus (Coursework)
• Penyelidikan (Research)
(iii) Doktor Falsafah (PhD)
RM 400 RM 1,500
RM 3,000
RM 6,000
- BIDANG TAJAAN
Bidang Pengajian perlulah relevan dengan bidang tugas dan keperluan Syarikat tertakluk kepada kelulusan anak-anak syarikat dan badan berkanun.
- JADUAL PERMOHONAN
Permohonan adalah diterima sepanjang tahun melalui pencalonan oleh anak-anak syarikat / badan berkanun masing-masing.
- HAD UMUR DAN TEMPOH PENAJAAN MAKSIMUM
- Had umur bagi pegawai menamatkan pengajian adalah seperti berikut:
PERINGKAT PENGAJIAN HAD UMUR (TAHUN)* TEMPOH TAJAAN (TAHUN) Sijil / Diploma 50 2 Diploma Lepasan Ijazah 50 2 Sarjana 50 3 Doktor Falsafah 50 5 Kursus profesional Tiada Bergantung pada kursus *Kelayakan umur adalah tertakluk kepada jangkamasa pegawai dapat menghabiskan tempoh kontrak sebelum persaraannya.
- Sekiranya pegawai tersebut perlu melanjutkan tempoh pengajian atas sebab gagal dalam mana-mana subjek atau purata nilai gred kumulatif (CGPA) kurang dari had minimum yang ditetapkan dan perlu mengulang (repeat) subjek atau semester, kos tersebut perlu dibiayai sendiri oleh pegawai tersebut.
- IKATAN PERJANJIAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SYARIKAT
- PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
Bagi anak-anak warga kerja anak-anak syarikat/badan berkanun yang menerima biasiswa tabung ini, sekiranya tiada tawaran diberikan oleh agensi berkaitan setelah tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh pengajian, tiada ikatan dikenakan dan mereka bebas untuk mencari pekerjaan lain.
7.2PROGRAM SIJIL / DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA IJAZAH LANJUTAN /
KURSUS PROFESIONAL
- Sepanjang tempoh ikatan perjanjian, pegawai tidak dibenarkan sama sekali menamatkan perkhidmatan. Sekiranya pegawai menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh matang perjanjian tersebut, pegawai tersebut perlu membayar kembali keseluruhan jumlah yuran pengajian yang telah dibiayai oleh Tabung Pendidikan. Tempoh ikatan perjanjian adalah seperti berikut:
Jumlah Biasiswa / Dermasiswa Yuran Pengajian
(RM)
Warga Kerja GLC Tempoh Ikatan 10,000 ke bawah Tiada Ikatan 10,001 – 30,000 2 Tahun 30,001 – 50,000 3 Tahun 50,001 – 70,000 4 Tahun 70,001 – 90,000 5 Tahun 90,001 – 100,000 6 Tahun - Pegawai kontrak yang tidak diperbaharui kontrak perkhidmatannya atas sebab disiplin dan prestasi kerja yang tidak memuaskan perlu membayar keseluruhan kos pengajian yang telah dibayar oleh Tabung Pendidikan.
- GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN
Anak-anak kakitangan atau kakitangan GLC yang gagal menamatkan pengajian atas sebab-sebab yang akan dipertimbangkan sahaja oleh Jawatankuasa Pentadbiran perlu membayar 30% daripada jumlah biasiswa yang telah dikeluarkan oleh Tabung Pendidikan secara tunai atau ansuran dengan tempoh maksimum enam puluh (60) bulan atau bergantung pada tempoh persaraan atau tamat kontrak.
- LAIN-LAIN
Bagi anak-anak warga kerja anak-anak syarikat / badan berkanun yang menerima biasiswa tabung ini, tidak boleh menerima lain-lain penajaan daripada mana-mana yayasan, tabung atau Kerajaan Persekutuan.
Bagi sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi:
En. Mahadhir bin Karim
Perbendaharaan Negeri Selangor,
Bahagian Analisa Pemantauan Pelaburan dan Pinjaman,
Tingkat 11, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No. Tel: 03-5521 2328
No. fax: 03-5544 7659
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan membuka tawaran biasiswa/pinjaman pendidikan Anak Syarikat Selangor tersebut kepada orang awam memandangkan permintaan untuk permohonan adalah begitu tinggi sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor yang hendak melahirkan warga negeri yang berilmu.
Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat dan Badan-Badan Berkanun (TPASBB) diwujudkan khas untuk warga kerja dan anak-anak warga kerja Anak-Anak Syarikat dan Badan-Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor sahaja. Walau bagaimanapun, orang awam boleh memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.