Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

166) BIASISWA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Minta pihak kerajaan mengeluarkan data terkini berapakah peratusan para penerima biasiswa dan pinjaman Negeri Selangor yang kini sudah mempunyai pekerjaan tetap dan mampu membayar semula pinjaman.

    Secara prinsipnya, pelajar-pelajar yang menerima pinjaman perlu membayar balik pinjaman selepas enam bulan tamat pengajian. Berdasarkan rekod, seramai 7,506 orang (93%) daripada 8,066 orang peminjam sedang melaksanakan pembayaran mengikut jadual yang secara langsung memberi gambaran pelajar tersebut sedang bekerja dan mampu membayar balik pinjaman.

Lampiran

Tiada Lampiran.