Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
32) BIASISWA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peserta yang telah memohon dan berjaya menyertai Program Khas Biasiswa Selangor Bitara?
Program Khas Selangor Bitara merupakan penjenamaan semula program Khas Selangor Brain Bank di mana skop penajaan diperluaskan daripada tajaan peringkat pascasiszwazah kepada tajaan pelajar Tingkatan 4 bermula tahun 2020. Walau bagaimanapun, tajaan bagi pelajar Tingkatan 4 adalah ditangguhkan memandangkan tiada sesi persekolahan bagi pelajar-pelajar tersebut berikutan penularan wabak COVID19. Bagi program siswazah, permohonan tahun 2020 adalah dibuka sepanjang tahun dan seramai dua (2) penerima telah ditawarkan sehingga Mac 2020.
-
Berapakah kos yang telah dikeluarkan untuk program ini?
Sebanyak RM5.0 juta telah diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pelaksanaan program ini.
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk program tersebut?
Bermula tahun 2020, Kerajaan Negeri melaksanakan penjenamaan semula konsep inisiatif Brain Bank dengan memperluaskan tajaan kepada pelajar cemerlang Negeri Selangor bermula daripada tingkatan 4 sehingga pascasiswazah terutamanya dalam bidang industrial-critical di universiti luar negara. Kerajaan Negeri bercadang untuk memastikan pelajar Brain Bank ini dapat melanjutkan pelajaran di universiti bertaraf Ivy League seterusnya menjadi kumpulan yang membantu pembangunan Kerajaan Negeri Selangor pada masa hadapan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji mekanisma terbaik bagi memastikan pelajar yang ditaja dapat melanjutkan Pengajian di universiti bertaraf Ivy League dan seterusnya diserap dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri melalui lantikan ke jawatan-jawatan strategik dalam Badan Berkanun dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.