Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
174) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penerima biasiswa dan jumlah pemberian dari 2014-2017?
a) & b)
Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar telah diumumkan pada Mei 2017 dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 11 Oktober 2017. Biasiswa ini merupakan satu daripada dua bentuk bantuan pendidikan di bawah Program Khas Peduli Siswa Timur Tengah. Program ini menawarkan biasiswa kepada 20 pelajar Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah. Bagi pelaksanaan tahun 2017, tawaran adalah terbuka kepada pelajar tahun 1 dan 2 dalam bidang Pengajian Islam di Mesir sahaja. Walau bagaimanapun, biasiswa ini akan diperluaskan kepada pelajar Pengajian Islam di Jordan dan Maghribi bagi pengajian tahun 2018. Permohonan pertama dibuka bermula 1 November 2017. Buat masa ini, belum ada penerima Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar memandangkan urusan permohonan bagi pengambilan pertama masih dalam proses.
-
Nyatakan statistik permohonan biasiswa menteri besar dari 2014-2017?