Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
46) BIASISWA DAN PINJAMAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapakah jumlah penerima dan nilai Hadiah Pengajian IPT (biasiswa dan pinjaman) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak dua tahun yang lepas
Bagi tempoh dua (2) tahun lepas, TKWBNS telah menawarkan pinjaman pelajaran mengikut pecahan seperti berikut:
Tahun Bilangan Pelajar Ditawarkan
Bilangan Pelajar Terima Tawaran
Kos Pembiayaan 2008 1,056 693 RM3.98 juta 2009 1,077 742 RM4.26 juta JUMLAH 2,133 1,435 RM8.24 juta Seterusnya, jumlah keseluruhan penerima dan kos yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi program Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) setakat dua (2) tahun lepas adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah Pelajar Diluluskan
Jumlah Peruntukan 2008 3,567 RM3,567,000.00 2009 6,014 RM6,014,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 9,581 RM9,581,000.00