Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
55) BERNIAGA DI BAHU JALAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri kepada berniaga di bahu jalan di Selangor?
Kerajaan Negeri melalui PBT tidak membenarkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan di simpang jalan, tempat letak kereta, jalan persiaran, hadapan sekolah dan lorong belakang. Walau bagaimanapun aktiviti perniagaan di bahu jalan boleh dipertimbangkan sekiranya tidak menghalang lalulintas/ laluan awam serta tidak membahayakan kepada peniaga dan orang awam di lokasi yang dipohon. Peniaga-Peniaga di bahu-bahu jalan diberikan kelulusan secara permit dengan syarat-syarat berikut:
- Lokasi perniagaan perlu 40 meter daripada pagar sekolah, 9 meter daripada persimpangan jalan dan 3.6 meter daripada pili bomba;
- lokasi perniagaan bukan di jalan utama; dan
- penjualan secara bungkus dan tidak meninggalkan barangan perniagaan selepas tempoh
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menyediakan lokasi perniagaan yang lebih selamat dan selesa?
Bagi tujuan kawalan dan perancangan yang lebih teratur, PBT telah menyediakan tapak tapak penjaja di seluruh kawasan mengikut kesesuaian dan keperluan