Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

72) BERKENAAN TANAH PN 8623 LOT 49365 MUKIM PETALING YANG TELAH DISATUKAN DENGAN PM130 LOT37563 MUKIM DAMANSARA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sudahkah pemilik tanah PN 8623 Lot 49365 Mukim Petaling yang telah disatukan dengan PM 130 Lot 37563 Mukim Damansara membayar premium pertama?

    Pemilik tanah telah menjelaskan bayaran premium ke atas kelulusan permohonan berkenaan pada 17 September 2019. Jurukur berlesen bagi pihak pemilik tanah telah mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan penyediaan hakmilik pada 23 Disember 2019. Kini PDT Petaling sedang dalam proses pendaftaran hakmilik muktamad.

  2. Apakah langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh pemilik tanah supaya hakmilik strata dapat dikeluarkan kepada penduduk rumah pangsa kos rendah PJS7/15?

    Selepas hakmilik muktamad didaftarkan, pemilik tanah perlu mengemukakan permohonan untuk memecah bahagi bangunan di bawah Seksyen 6 Akta Hakmilik Strata (AHS) 1965 kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) bagi tujuan pengeluaran Hakmilik Strata kepada setiap pembeli.

Lampiran

Tiada Lampiran.