Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
160) BERAPAKAH JUMLAH KESELURUHAN KUTIPAN CUKAI DI SELANGOR PADA TAHUN 2017?
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan kutipan cukai di Selangor pada tahun 2017?
Pendapatan yang diterima oleh Kerajaan Negeri terdiri daripada 3 jenis iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Jumlah kutipan hasil Negeri keseluruhan pada tahun 2017 adalah sebanyak RM2,810,103,771.65 seperti Jadual 1 di bawah :
-
Berapakah jumlah kutipan cukai taksiran 2017?
Jumlah kutipan cukai taksiran bagi tahun 2017 bagi semua PBT adalah berjumlah RM1.391 Juta dan pecahan mengikut PBT adalah seperti jadual berikut:
-
Berapakah jumlah kutipan cukai tanah 2017?
Untuk tahun 2017, jumlah keseluruhan kutipan cukai tanah bagi Negeri Selangor adalah berjumlah RM530,895,555.28 meliputi kutipan cukai semasa sebanyak RM476,762,518.55 dan tunggakan cukai tanah sebanyak RM54,133,036.73. (Sumber dari Laporan MIS Sistem eSPHT pada 07 Mac 2018)
MAKLUMAT TAMBAHAN