Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

110) BERAPA PANTAS ENAM JUTA DAPAT MEMANFAATKAN INSAN

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setiap rakyat dan pengundi Selangor yang berumur 30 hari sehingga 80 tahun. M40, B40, orang Melayu, orang Cina, orang India, lelaki atau wanita, semuanya akan diberi perlindungan. Berikan bilangan rakyat daripada kategori di atas yang dapat perlindungan pada 1 Jun 2023, 1 Jun 2024 dan 1 Jun 2025.

    Pendaftaran Program INSAN dibuka kepada semua lapisan masyarakat yang berusia 30 hari sehingga 80 tahun yang dilahirkan di negeri Selangor atau kad pengenalan beralamat di Selangor atau seorang pengundi di negeri Selangor.

    Pendaftaran Program INSAN kepada 6 juta rakyat di negeri Selangor dibuka mulai 1 Oktober 2022 selama setahun sehingga 30 September 2023. Perlindungan insurans di bawah Program INSAN adalah selama 12 bulan dari tarikh pendaftaran Program INSAN. Maka perlindungan Program INSAN bagi yang mendaftar pada 30 September 2023 akan dilindungi sehingga 29 September 2024. Ini tertakluk kepada kuota bilangan 6 juta yang diperuntukkan. Oleh yang demikian, digalakkan mendaftar dengan segera untuk mendapatkan pelindungan.

    Berdasarkan penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 rakyat Malaysia yang tinggal di negeri Selangor adalah seramai 6,430,435 orang, di mana pecahan etnik warganegara adalah Bumiputera 60.6%, Cina 27.3%, India 11.3% dan lain-lain 0.8%, manakala pecahan penduduk mengikut umur adalah 0 –14 tahun 22.2%, 15 tahun – 64 tahun 70.9% dan 65 tahun dan lebih 6.9%.

Lampiran

Tiada Lampiran.