Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

125) BENTUK PENDIDIKAN DALAM MEMBINA GENERASI MADANI

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah bentuk pendidikan dan perancangan Kerajaan Negeri khususnya pihak JAIS bagi membina generasi madani?

    Generasi madani dalam proses pendidikan yang dilaksanakan di JAIS melalui pelaksanaan Integrated Holistic Education System (IHES).

    • IHES ialah satu sistem pendidikan integrasi dan holistik menggabungkan elemen sumber manusia, kurikulum dan prasarana/ media.
    • Tiga elemen ini digabungkan di bawah satu falsafah, visi, misi dan objektif pendidikan.
    • Melalui sistem ini JAIS memilih guru-guru yang berkelayakan yang memenuhi ciri-ciri guru murabbi, kurikulum kebangsaan dan negeri diintegrasikan berteraskan Al-quran dan As-sunnah.
    • Kemenjadian murid dengan ciri generasi madani diproses secara holistik melalui kepelbagaian pendekatan.
    • Fokus kepada proses ini ialah akal, jiwa, hati, roh dan jasad. satu kurikulum berasaskan fokus ini dibangunkan dalam bentuk lesson plan, sukatan, bpmg, buku teks dan penilaian/ pentaksiran.
    • Murid ditaksir melalui pencapaian akademik dan sahsiah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.