Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

14) BENTUK BANTUAN BAGI GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Di dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang, apakah usaha-usaha yang dirangka serta dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan contohnya, pekerja yang diberhentikan kerja / graduan lepasan universiti / ibu tunggal / usahawan yang baru bermula / berminat untuk menjalankan perniagaan selain menyediakan bantuan modal permulaan dan latihan asas permulaan perniagaan?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan program bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk memulakan perniagaan. Program Blueprint merupakan bantuan peralatan dan mesin dan ia terbuka kepada semua golongan masyarakat yang kurang berkemampuan tetapi produktif dan ekonomik untuk mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Selain bantuan modal permulaan dan latihan asas yang disediakan, Kerajaan Negeri menyediakan bantuan peralatan dan mesin-mesin untuk menjalankan perniagaan seperti mesin jahit, mesin pemotong rumput, mesin air soya, mesin pemerah air tebu dan pelbagai jenis peralatan yang berupaya menjana pendapatan kepada pemohon. Peralatan atau mesin yang dibekalkan adalah bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menjana pendapatan berdasarkan kemahiran pemohon. Selain bantuan peralatan, Kerajaan Negeri turut menawarkan bantuan payung dan meja kepada ibu tunggal yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut menawarkan bantuan untuk memulakan perniagaan.

     

    Banyak program dirangka untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan meningkatkan pendapatan. Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah program serampang dua mata yang menjaga hal-hal kebajikan rakyat Negeri Selangor. Program MES dilaksanakan secara berfasa dan di antara program keusahawanan yang sedang di dalam perancangan adalah Bantuan dan Bimbingan Perniagaan kepada belia.  Program MES adalah menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat dari anak yang baru lahir sehinggalah ke peringkat warga emas.

  2. Apakah bentuk bantuan lain yang boleh mereka peroleh dari kerajaan bagi membantu menaikkan lagi taraf ekonomi kehidupan mereka?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.