Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
204) BENTENG SUNGAI PENCHALA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peruntukan JPS untuk memperbaiki benteng Sungai Penchala (Pangsapuri Bistari) yang telah runtuh lama?
Projek bagi memperbaiki benteng Sungai Penchala (Pangsapuri Bistari) akan dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan caruman parit yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
-
Mengapa projek ini masih belum ditenderkan?
Iklan untuk tender projek memperbaiki benteng Sungai Penchala ini telah disiarkan pada 4hb April 2013 manakala tarikh tutup adalah pada 2 Mei 2013.
-
Bilakah projek ini akan disiapkan?
Status terkini bagi projek ini adalah dalam proses penilaian tender. Projek ini dijangka akan disiapkan dalam tempoh 18 bulan selepas tarikh mula kerja dilaksanakan.