Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

114) BENTENG PENGHALANG PASIR DI MUARA SG SEKINCHAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah JPS akan memulakan kerja-kerja memanjangkan benteng penghalang pasir yang sedia ada?

    Kerja-kerja memanjangkan benteng penghalang pasir berkenaan dijangka bermula pada tahun 2017 dan akan disiapkan pada tahun 2018.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan?

    Jumlah peruntukan yang diluluskan di dalam RMKe-11 bagi kerja-kerja memanjangkan benteng penghalang pasir adalah sebanyak RM1,000,000.00.

  3. Sila nyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang JPS untuk mengurangkan masalah timbunan pasir di muara Sungai Sekinchan?

    Bagi perancangan jangka panjang, Kerajaan Negeri telah meluluskan program tersebut dengan kos sebanyak RM 1 juta. Skop kerja bagi program tersebut adalah termasuk kerja-kerja pengorekan muara sungai dan pembinaan groyne bagi tujuan menghalang pasir dari masuk ke muara.

Lampiran

Tiada Lampiran.