Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

265) BENTENG PENGHALANG PASIR DAN PINTU KUNCI AIR PARIT 5 SEKINCHAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah JPS akan memanjangkan benteng penghalang pasir yang terletak di antara Muara Sungai Sekinchan dan Pantai Redang Sekinchan?

    Kerja-kerja membina benteng batu atau ‘groynes’ bagi kawasan kritikal telah dilaksanakan sebelum ini secara maksimum dengan menggunakan peruntukan yang diberi. Kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2012 & 2013 dari Ch 0 sehingga Ch 100. JPS akan membuat kajian dan melaksanakan kerja-kerja pemanjangan benteng penghalang pasir sekiranya perlu.

  2. Apakah kaedah penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi lambakan pasir di muara Sungai Sekinchan?

    Kaedah penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah ini adalah dengan memanjangkan struktur ‘groynes’ yang bertujuan menghalang pasir dari memasuki muara serta melaksanakan kerja-kerja pengorekan pasir di muara tersebut.

     

  3. Bilakah pintu kunci air Parit 5 yang rosak akan digantikan?

    Memandangkan Pintu Kunci Air Parit 5 telah uzur dan mengalami kebocoran, justeru Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah merancang untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan menjelang tahun 2016 dengan anggaran keperluan sebanyak RM 200,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.