Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

159) BENTENG PENGHALANG PASIR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah JPS akan memulakan kerja-kerja memanjangkan benteng penghalang pasir yang sedia ada ?

    Kerajaan Negeri merancang dan akan memasukkan program kerja bagi kerja-kerja sambungan pembinaan benteng penghalang pasir sedia ada ke dalam senarai Rancangan Malaysia Ke-11 bagi tahun 2016-2020. Kerja-kerja pembinaan tersebut akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan permohonan dari Kerajaan Negeri.

  2. Sila nyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang JPS untuk mengurangkan masalah timbunan pasir di muara Sungai Sekinchan ?

    Bagi perancangan jangka panjang, Kerajaan Negeri akan memasukkan program kerja bagi kerja-kerja sambungan pembinaan benteng penghalang pasir sedia ada dalam RMKe 11. Skop kerja bagi program tersebut termasuk kerja-kerja pengorekan muara sungai dan pembinaan groyne bagi tujuan menghalang pasir dari masuk ke muara.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.