Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

163) BENIH KELAPA MATAG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah benar benih kelapa matag sukar diperolehi sekarang ini?

    Secara umumnya terdapat kekurangan benih kelapa matag di Selangor. Pada ketika ini Jabatan Pertanian Negeri Selangor memerlukan bekalan sekitar 20,000 pokok setahun dimana kita boleh melaksanakan projek penanaman semula dengan jenis matag sekitar 130 hektar setahun.

  2. Jika benar, bagaimana program tanaman semula kelapa hendak dilaksanakan?

    Bagi mengatasi masalah ini, penanaman semula kelapa dilaksanakan secara berperingkat. Selain daripada itu, Jabatan Pertanian menggalakkan petani menanam varieti kelapa lain seperti kelapa pandan.

  3. Apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Jabatan Pertanian Selangor akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Persekutuan bagi mendapatkan bekalan kelapa matag secara berterusan. Di samping itu kita juga mendapatkan bekalan tambahan dari pihak swasta khususnya United Plantation Berhad.

    Maklumat tambahan :

    Pengeluaran benih kelapa matag terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Pertanian Persekutuan dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 60,000 biji setahun.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.