Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

219) BENIH IKAN AIR TAWAR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif untuk mengatasi masalah kemerosotan benih ikan air tawar?

    Setakat ini, Jabatan Perikanan tidak menerima sebarang aduan dari penternak akan isu kekurangan benih ikan air tawar di Selangor. Mengikut statistik terdapat 19 hatceri ikan air tawar di Selangor (2015) dan pada masa yang sama bekalan juga boleh diperolehi dari negeri jiran dengan harga yang berdaya saing terutama bagi spesies utama seperti tilapia dan keli. Walau bagaimanapun kekurangan benih berlaku bagi spesies ikan lain seperti baung, jelawat, lampam dan lain-lain ikan bukan spesies utama ikan ternakan berikutan kurang permintaan dan ternakan hanya dilakukan oleh segelintir penternak. Setakat ini tiada peruntukan khas (negeri/persekutuan) bagi tujuan penambahbaikan/peningkatan benih ikan air tawar di Selangor

    PENGELUARAN BENIH SEHINGGA JUN 2015

     

    Daerah Jenis ikan PENGELUARAN

    (ekor)

    Kuala selangor Tilapia

    merah,Keli & Puyu

    4,270,000
    Sabak Bernam Patin, Tilapia merah, Keli &

    Puyu

    1,077,500
    Sepang Tilapia merah &

    Keli

    1,492,000
    Hulu Selangor Patin, Tilapia merah, Keli & Puyu 84,355,000
    Hulu Langat Tilapia merah &

    Keli

    800,000
    Gombak Lampam jawa, Patin, Tilapia merah, Keli & Puyu 4,309,150

     

  2. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai undang-undang tertentu kepada pemancing haram?

    Tiada sebarang undang-undang dikenakan ke atas pemancing

Lampiran

Tiada Lampiran.