Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

106) BENGKEL DAYA KLANG

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat memberi peruntukan kepada bengkel daya Klang memandangkan ianya hanya satu-satunya bengkel OKU di Selangor saja?

    Bengkel Daya Klang (BDK), Selangor adalah di bawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bengkel ini beroperasi mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung 1979. Penubuhan bengkel ini adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran luar. Di samping itu bengkel ini juga ditubuhkan untuk melatih mereka OKU supaya berdikari dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu agar mereka mendapat lebih peluang bekerja di pasaran yang lebih terbuka. Bengkel Daya Klang menyediakan peluang pekerjaan berkaitani jahitan, sulaman, roti dan pastri, dobi, peruncitan dan bistro (restoran). Setakat ini BDK menerima peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor bagi menampung keperluan belanja mengurus institusi. Selain itu, Lembaga Pelawat BDK diwujudkan untuk memainkan peranan sebagai penghubung awam yang positif dan mendapatkan sumbangan kewangan atau dana melalui Kumpulan Wang Amanah. Segala wang atau sumbangan luar kepada BDK boleh disalurkan secara langsung melalui akuan Lembaga Pelawat Bengkel Daya Klang bagi tujuan menyediakan kemudahan prasarana institusi yang lebih baik atau mengadakan program dan aktiviti bagi manfaat pekerja OKU.

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri dapat bantu bengkel ini jika tidak dalam pertimbangan?

    Bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada BDK adalah:

     

    • peruntukan kewangan Kerajaan Negeri atau menyediakan pembangunan infrastruktur yang mesra OKU di dalam dan di luar kawasan dengan kerjasama Lembaga Pelawat Bengkel Daya Klang;

     

    • memberi imbuhan khas kewangan kepada Pekerja OKU sebagai galakan untuk meningkatkan motivasi dan produktiviti; dan

     

    • membuat hebahan atau tempahan produk keluaran pekerja OKU dari BDK dalam program anjuran Kerajaan Negeri

     

     

     

     

     

     

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Sebarang bentuk sumbangan kewangan kepada Bengkel Daya Klang boleh disalurkan melalui akuan Lembaga Pelawat Bengkel Daya Klang.  menerusi nombor akaun seperti berikut:

    Nama Bank: Hong Leong Islamic Bank

    No. Akaun: 32701000431

     

    Pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Encik Mohd Azizul bin Ibrahim, Pengurus Bengkel Daya Klang di talian 03-3322 1549 atau 012-621 7642.

Lampiran

Tiada Lampiran.