Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
75) BENCANA ALAM DI LEMBAH JAYA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kawasan Lembah Jaya dikelilingi oleh bukit-bukau, sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa di bahagian barat dan timur. Ini menyebabkan beberapa kawasan mengalami kecerunan yang tinggi, terutama di zon pinggir bandar. Apakah langkah terbaru bagi memastikan bencana alam tidak berlaku secara serius di Lembah Jaya?
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah melaksanakan kerja-kerja penstabilan cerun di empat lokasi di Lembah Jaya. MPAJ juga telah memantau cerun-cerun berkenaan setahun sekali dan mendapati tiada sebarang kerosakan terhadap struktur cerun yang telah siap distabilkan. Notis juga telah dikeluarkan kepada pemilik tanah untuk mengambil tindakan ke atas tanah milik mereka. Kos keseluruhan pembaikan cerun yang belum distabilkan dianggarkan berjumlah RM 5,323,500.00.