Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

395) BENCANA ALAM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oelh Kerajaan Negeri Selangor dalam persediaan menanggani bencana alam seperti banjir, kenaikan paras air laut dan ribut khususnya di DUN Morib?

    Kerajaan Negeri telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Bil. 2/2024 pada 05 Oktober 2024 yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Mesyuarat ini bagi menyelaraskan maklumat berkaitan tinjauan cuaca sepanjang Monsun Timur Laut (MTL), serta mendapatkan maklum balas agensi berhubung kesiapsiagaan menghadapi kejadian bencana. Ini termasuk status anggota bertugas, aset-aset, serta keperluan logistik oleh setiap agensi/jabatan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah telah diaktifkan segera di semua lokasi bencana. JPBD dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah bersiapsiaga memainkan peranan masing-masing bagi menghadapi musim MTL dengan melaksanakan operasi dan koordinasi bersepadu di peringkat daerah dan negeri.

     

    Semua jabatan dan agensi akan memainkan peranan tindakan selaras dengan Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No.1: Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Segala bantuan pengoperasian bersepadu hendaklah diselaraskan melalui JPBD bagi Tahap 1 manakala JPBN bagi Tahap 2.

     

    Semua Pegawai Daerah selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah diarah melaksanakan mesyuarat persediaan di peringkat daerah dengan segera bagi memastikan perancangan awal dalam pengurusan aset pemindahan dan menyelamat, pengurusan pusat pemindahan serta bekalan bahan mentah yang mencukupi. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) dimohon memaklumkan kawasan-kawasan hotspot serta berisiko banjir kepada JPBD dan JPBN, serta bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR) bagi tujuan penyelenggaraan dan mengedarkan pelan hotspot banjir. Semua aset seperti pam air / banjir (pelbagai jenis), stesen telemetri, stesen amaran, stesen sukatan luahan, stesen curahan hujan, stesen paras air, dan stesen kamera pemantauan banjir dipantau secara harian bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan bersedia.

     

    Polis Diraja Malaysia Negeri Selangor (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor (APM) dan Briged 11 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut diletakkan dalam keadaan bersiapsiaga, di mana semua agensi telah merangka pelan tindakan operasi semasa MTL. Aset-aset yang digunakan semasa Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah ditempatkan di lokasi strategik seperti di pangkalan hadapan di setiap daerah.

     

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKM) bersedia dengan pewartaan 1,152 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan memastikan garis panduan penetapan dan pengendalian mangsa yang mengalami masalah kesihatan dikuatkuasakan. Bekalan keperluan asas semasa bencana juga dipastikan dalam keadaan baik dan mencukupi.

     

    Bagi melancarkan penyelarasan tindakan setiap agensi/kerajaan, Kerajaan Negeri telah memutuskan penugasan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) dalam kesiapsiagaan menghadapi MTL seperti berikut:

    BIL. EXCO SKOP PENUGASAN
    1. YB Tuan Ng Sze Han Pemulihan Kawasan industri
    2. YB Ir. Izham Bin Hashim Pemulihan Infrastruktur
    3. YB Tuan Borhan Bin Aman Shah Pengurusan PPS
    4. YB Tuan Ng Suee Lim Pembersihan/PBT
    5. YB Datuk Rizam Bin Ismail Penyelarasan bencana luar bandar
    6. YB Tuan Mohd Najwan Bin Halimi Menyelaras Bantuan Sukarelawan
    7. YB Puan Jamaliah Binti Jamaluddin Kesihatan
    8. YB Tuan Papparaidu A/L Veraman Tugas-tugas Khas
    9. YB Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah Pengurusan telekomunikasi dan Masjid/Surau
    10. YB. Puan Anfaal Binti Saari Penyelarasan Kebajikan

     

    Unit Pengurusan Bencana melalui Smart Selangor Operations Centre (SSOC) beroperasi memantau indikasi petunjuk cuaca serta menyelaras komunikasi dengan District Disaster Operation Centre (DDOC) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat dalam menangani kejadian Bencana di Negeri Selangor.

  2. Berapakah perbelanjaan yang Kerajaan Negeri peruntukkan untuk projek-projek dalam menanggani hakisan pantai di selangor seperti memperkukuhkan benteng-benteng dipersisir pantai dan juga sungai di DUN Morib?

    Untuk makluman Yang Berhormat, perbelanjaan sebanyak RM786,182.00 telah diperuntukkan di DUN Morib bagi menangani hakisan pantai seperti memperkukuhkan benteng-benteng di pesisir pantai dan juga sungai sepanjang tahun 2024.

  3. Senaraikan projek-projek tebatan banjir ataupun benteng di persisir pantai dan juga sungai-sungai yang telah dibuat dan dalam perancangan pada tahun 2023 sehingga kini di DUN Morib.

    Untuk makluman Yang Berhormat, hanya Projek Pemuliharaan Pantai Morib sedang dilaksanakan di DUN Morib. Berikut adalah perincian Projek Pemuliharaan Pantai Morib:-

     

    Bil. Tajuk Skop Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Projek Pemuliharaan Pantai Morib a)     Pembinaan beach nourishment

    b)     Pembinaan seawall

    c)     Pembinaan breakwater

    d)     Pembinaan outlet structure

    e)     Pembinaan board walk

    f)      Pengindahan landskap

    47,312,035.70 1.9.2023

    1.7.2026

     

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 39%

    Sebenar: 51%

    (sehingga

    30 Oktober 2024)

Lampiran

Tiada Lampiran.