Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

124) BENCANA ALAM

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah bilangan unit rumah dan lokasinya di sekitar Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tempat tinggal semasa bencana alam berlaku.

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak menyediakan rumah untuk mangsa bencana alam di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Pusat Pemindahan akan diaktifkan segera sekiranya berlaku bencana di kawasan yang terlibat di bawah penyelarasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.