Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
23) BENCANA ALAM
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah cara penyelesaian Kerajaan Negeri untuk keretakan rumah di Jalan Bersatu 20, Taman Bersatu?
Pihak MPS telah mendapatkan maklumbalas dari Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG):
Dalam masa terdekat, PDTG akan menyelaraskan mesyuarat bersama agensi-agensi terlibat bagi mendapatkan tindakan penyelesaian terbaik tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab PKPB.
-
Apakah cara penyelesaian Kerajaan Negeri untuk isu keretakan dinding penahan di Jalan TPP2/1, Taman Pinggiran Pelangi?
Pihak MPS sedang menyediakan kertas kerja bagi permohonan peruntukan pembaikan daripada kerajaan negeri melalui mesyuarat EXCO-MTES.