Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

79) BELIA (PeBT)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada tahun ini , apakah jenis dan jumlah aktiviti belia yang telah dijalankan oleh PeBT?

    Pada tahun ini sebanyak 57 program belia telah dilaksanakan oleh PeBT. Program tersebut meliputi aktiviti-aktiviti sukan, kemasyarakatan, riadah kepimpinan dan kekeluargaan.

  2. Sejak Pakatan Rakyat memerintah, berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk aktiviti PeBT dan apakah langkah-langkah baru untuk mempertingkatkan penglibatan belia ini

    Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah ditubuhkan pada tahun 2009 bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti belia diperingkat akar umbi. Setiap tahun kerajaan negeri memberi peruntukan sebanyak RM2832,200 bagi program dan elaun kepada PeBT. Sehingga kini jumlah peruntukan yang telah diberikan sebanyak RM8,496.00.

  3. Adakah kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai rancangan untuk memperkenalkan program Belia Niaga.

    Kerajaan Negeri amat menggalakkan para belia untuk menyertai bidang perniagaan. Kerajaan negeri telah menetapkan agenda program latihan dan bantuan usahawan muda di dalam program merakyatkan Ekonomi Selangor. Namun begitu program tersebut masih belum dilaksanakan dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.