Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
96) BELIA LUAR BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan kelompok belia luar bandar tidak tersisih dari pembangunan yang dilaksanakan?
Kerajaan Negeri berusaha untuk memastikan kelompok belia luar bandar tidak tersisih dari pembangunan yang dilaksanakan dengan mengadakan program – program seperti berikut :
- Kerajaan Negeri merancang untuk menjalankan program 1 Daerah 1 Inkubator untuk memberi peluang kepada belia bagi memulakan perniagaan dengan bantuan modal dan tempat
Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan IKRAM untuk melaksanakan Program Kursus Kemahiran Belia Desa yang telah dijalankan pada tahun 2014.
- Kerajaan negeri telah bekerjasama dengan pihak INSPENS untuk memberikan latihan seperti dalam bidang kecantikan, automatif, pendandan rambut, elektrik, elektronik, motorsikal, sistem komputer dan penyaman udara. Di samping itu, kerajaan negeri juga telah mengadakan program-program seperti SPIES untuk menonjolkan aspek kepimpinan kepada belia.
Menganjurkan program-program seminar dan kursus keusahawanan khususnya untuk memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawanan kepada golongan belia seperti berikut :
- Kursus Asas Keusahawanan;
- Kursus Pemasaran;
- Kursus Pengurusan Kewangan; dan
- Kursus Rancangan Perniagaan
Program Jom Kerja berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selain itu pemohon diberi pendedahan khidmat nasihat serta pengalaman cara bagaimana sesi temuduga diadakan.
- Program Jom Kerja berbentuk Kursus Kerja Berkualiti menjadi satu platform kepada para peserta untuk bertemu dengan bakal majikan untuk mencari peluang pekerjaan sedia
-
Apakah kaedah yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi mengekang penghijrahan belia luar bandar ke bandar?
Kaedah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengekang penghijrahan belia luar bandar ke bandar adalah melalui langkah-langkah sebagaimana berikut :-
- Sektor pertanian perlu dimajukan dengan memberi bantuan kewangan, bantuan nasihat dan menyatukan kawasan tanah pertanian yang sempit dalam konsep pertanian Kaedah moden diperkenalkan seperti menggalakkan penggunaan bijih benih yang bermutu tinggi, penggunaan jentera, baja organik, racun serangga supaya hasil pengeluaran dapat ditingkatkan. Di samping itu, pihak kerajaan juga perlu memperbaiki kemudahan infrastruktur di luar bandar. Bekalan elektrik, air, kemudahan perhubungan dan pengangkutan perlu dibina di kawasan luar bandar. Dengan kemajuan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, maka mereka tidak akan berhijrah ke bandar. Keadaan ini dapat mengawal proses urbanisasi yang pesat.
Sektor industri desa juga perlu dimajukan seperti industri memproses hasil- hasil pertanian, industri kraftangan dan industri makanan untuk memajukan kawasan luar bandar. Usaha-usaha memodenkan ekonomi luar bandar dibantu dengan pinjaman kewangan oleh kerajaan negeri serta khidmat nasihat oleh badan-badan tertentu. Dengan proses memodenkan ekonomi luar bandar, penduduk luar bandar akan melibatkan dalam sektor-sektor ekonomi moden ini dan mewujudkan peluang bagi mereka untuk memajukan ekonomi diri sendiri