Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
161) BELIA DAN SUKAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri memperuntukan 3juta untuk Selangor E-Sport, 20juta untuk sukan bolasepak, bagaimana ini mampu menyumbang kepada pembangunan generasi muda dan sukan?
Kerajaan negeri Selangor telah memperuntukan sejumlah RM 3 Juta dalam membangun dan mempertingkatkan kualiti serta taraf sukan E-sport di seluruh negeri Selangor yang meliputi program pembangunan atlet dan pembangunan Bandar E-Sport yang dikenali sebagai ‘Selangor E-Sport Development Program (SEDP)’ sejajar bagi memenuhi misi Smart Selangor.
Program pembangunan E-Sport akan menjurus dan mensasarkan kepada pembangunan kerjaya berkaitan industri E-Sukan supaya golongan generasi muda boleh memperkembangkan kualiti mereka dalam permainan e-sport ini ke arah professional melalui modul-modul yang akan diselaraskan. Mereka juga akan diberi latihan dan pengisian program yang sewajarnya bagi mempertingkatkan tahap dan mutu permainan mereka ke tahap antarabangsa. Sepanjang tahun 2021 ini kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Selangor (ESS) telah menganjurkan program Selangor XTVT Virtual E-Sport (SXVE) dengan melibatkan penyertaan seramai 400,000 penyertaan yang mana majoriti adalah dikalangan generasi muda.
Manakala pembangunan Bandar E-Sukan dilihat akan menjadikan Negeri Selangor sebagai hub utama untuk sukan elektronik di Malaysia selaras dengan perkembangan dan pembangunan industri serta teknologi masa kini.
Kerajaan negeri Selangor juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada pembangunan bola sepak negeri Selangor. Peruntukan tersebut adalah merangkumi sejumlah RM10 juta dari Kerajaan Negeri dan RM10 juta lagi adalah sumbangan daripada Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). RM18.5 Juta telah disalurkan kepada Red Giants FC Sdn Bhd bagi mentadbir urus Pasukan Selangor FC manakala RM1.5 Juta telah disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Selangor bagi usaha pembangunan bola sepak akar umbi.
Peruntukan tersebut diberikan bagi memastikan kesinambungan program pembangunan bola sepak dalam misi untuk mengembalikan kegemilangan skuad Merah Kuning di negeri Selangor.
Sepanjang tahun 2021 ini, dengan peruntukan yang disediakan Pihak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Red giants FC Sdn Bhd telah mengunakan peruntukan tersebut dalam meneruskan usaha meningkatkan kualiti jabatan teknikal, memampankan pembangunan elit pemain muda Selangor dan menaik taraf fasiliti di Pusat Latihan FAS.
Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi sukan E-Sport dan bolasepak ini telah memberikan impak yang sangat baik melalui penganjuran program-program yang dilaksanakan oleh pihak Persatuan. Ianya dilihat telah mendapat sambutan yang menggalakan terutamanya dikalangan golongan genersai muda di seluruh negeri Selangor. Secara tidak langsung telah memberikan peluang dan ruang kepada lebih ramai golongan generasi muda untuk meningkatkan kualiti kemahiran kearah yang lebih professional dan mempunyai kelayakan sebagai individu yang boleh dijadikan pakar rujuk dalam bidang kejurulatihan mahupun pengurusan. Selain itu, generasi muda di Selangor dapat menonjolkan bakat, kualiti dan kemahiran mereka yang ada untuk diketengahkan kearah yang lebih baik dan professional.
Antara program-program pembangunan yang telah dijalankan oleh pihak FAS sepanjang tahun 2021 adalah seperti ;-