Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
27) BELIA DAN SUKAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sukan amatlah penting kepada golongan belia khususnya membentuk sikap, disiplin, organisasi dan kesabaran. Apakah pendirian Kerajaan Negeri untuk membentuk golongan belia sebagai bakal pemimpin?
Pembangunan belia merupakan satu agenda utama kerajaan negeri kerana
golongan belia merupakan pelapis kepada kepimpinan negeri sekarang.
Sehubungan itu Kerajaan Negeri giat melaksanakan program-program
pembangunan belia di peringkat akar umbi. Kerajaan Negeri turut memastikan
peningkatan penglibatan para belia menerusi program-program yang dianjurkan
oleh Kerajaan Negeri. Sebagai permulaan Kerajaan Negeri telah menubuhkan
Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di setiap zon di setiap PBT yang bertindak
sebagai pemangkin aktiviti-aktiviti belia di peringkat akar umbi. Ini sejajar untuk
memastikan agenda pembangunan belia akan bergerak dengan lebih aktif dan
efisien. -
Berapa banyak peruntukkan yang disediakan untuk membantu persatuanpersatuan sukan di seluruh Selangor?
Majlis Sukan Negeri Selangor dianggotai 45 ahli gabungan yang terdiri daripada
persatuan – persatuan sukan negeri. Kesemua ahli gabungan ini diperuntukkan
dengan dua jenis peruntukkan yang disediakan iaitu:
1) Pembangunan Persatuan
Peruntukan yang disediakan dalam vot ini adalah untuk :
• Program pembangunan sukan oleh persatuan
• Menyertai kejohanan
• Menganjurkan kejohanan
• Menganjurkan kursus kepegawaian dan teknikal
2) Sukan Malaysia (SUKMA)
Peruntukan yang disediakan dalam vot ini adalah untuk persatuan yang
tersenarai dalam Sukan Malaysia dan peruntukan ini adalah untuk :
• Elaun Jurulatih
• Elaun Latihan Atlet
• Menyertai Kejohanan
• Peralatan pertandingan
Bagi tujuan peruntukan kepada pembangunan persatuan, pihak Majlis
menyediakan peruntukkan sebanyak RM 25,000.00 setahun. Setiap persatuan
boleh melakukan tuntutan mengikut kekerapan program yang dianjurkan
berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.
Manakala bagi Sukan Malaysia pula, pihak Majlis telah memperuntukkan RM
50,000.00 setiap fasa latihan yang mana terdapat 3 fasa latihan dalam tempoh 2
tahun sebagai persediaan bagi menghadapi Sukan Malaysia. Fasa latihan
bergantung kepada prospek pasukan yang menyerlah untuk menyumbangkan
pingat kepada kontinjen. Peruntukkan ini diberikan berdasarkan laporan dan
pemantauan latihan yang dijalankan secara langsung oleh pihak Majlis Sukan
Negeri Selangor. -
Apakah program sukan yang disediakan untuk golongan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun di seluruh Selangor?
Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran
Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor dan Majlis
Sukan Negeri untuk program pembangunan sukan di Selangor khasnya bagi
golongan di bawah umur 12 tahun. Dengan kerjasama pihak Majlis Sukan
Negara, beberapa program telah dilaksanakan untuk golongan tersebut
termasuklah program Kem Bakat, Program “Talent id” dan program pelapis untuk
sukan di bawah peringkat umur untuk sukan gimnastik dan gimrama. Programprogram ini dijalankan secara berterusan di negeri ini bertujuan untuk
mencungkil bakat dan mencari golongan pelapis untuk masa hadapan.
Manakala, menerusi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor, program
pembangunan sukar bagi di bawah umur 12 tahun dijalankan sepenuhnya oleh
Pihak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor secara berterusan sepanjang
tahun. Tiga (3) peringkat pertandingan dipertandingkan iaitu sekolah, daerah
dan negeri dengan 16 jenis sukan yang bertujuan untuk mencungkil bakat muda