Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
91) BELIA DAN PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah peluang pekerjaan yang berjaya dipadankan melalui program JOM CARI KERJA mengikut pecahan daerah.
Program Jom Kerja telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor bermula pada tahun 2009 – 2013 dengan pencapaian seramai 2,946 pemohon yang berjaya di temu duga. Selain itu, pemohon juga telah diberi pendedahan mengenai khidmat nasihat serta pengalaman untuk menghadiri sesi temu duga. Maklumat terperinci pelaksanaan program adalah seperti jadual di bawah:
Bil. Daerah Tarikh Program Syarikat Terlibat Pemohon : Berdaftar (Orang) Pemohon : Berjaya Ditemuduga (Orang) 1. Sabak Bernam Dan Kuala Selangor 7 – 8 Nov 2009
20 buah
1,078
480
2. Kuala Langat 14 – 15 Dis 2009 16 buah 1,672 670 3. Klang 9 – 10 Jan 2010 29 buah 2,060 886 4. Petaling 3 – 4 April 2010 22 buah 400 187 5. Hulu Selangor 18 April 2010
20 buah
141
81
6. Sepang 9 Okt 2010 10 buah 211 137 7. Hulu Langat 13 Nov 2010 8 buah 144 118 8. Gombak 27 Nov 2010 9 buah 107 52 Bil. Daerah Tarikh Program Syarikat Terlibat Pemohon : Berdaftar (Orang) Pemohon : Berjaya Ditemuduga (Orang) 9. Kuala Langat 18 Jun 2011 11 buah 70 31 10. Klang 30 – 31 Mac 2013 23 buah 884 304 JUMLAH
6,767
2,946
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk golongan belia?
Antara perancangan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan adalah dengan mengadakan program – program seperti berikut:
Kerjasama dengan Selangor State Investment Centre (SSIC) bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan mengadakan program promosi (pengiklanan melalui local and international magazine seperti Foreign Direct Investment, in flight magazine, mengadakan lawatan ke luar negara bersama Malaysian Investment Development Authority – MIDA dan menyertai pameran perdagangan bertujuan menarik pelabur dari dalam dan luar
Kerajaan negeri telah bekerjasama dengan pihak INSPENS untuk memberikan latihan seperti dalam bidang kecantikan, automatif, pendandan rambut, elektrik, elektronik, motosikal, sistem komputer dan penyaman udara. Di samping itu, kerajaan negeri juga telah mengadakan program-program seperti SPIES untuk menonjolkan aspek kepimpinan kepada
Menganjurkan program-program seminar dan kursus keusahawanan khususnya untuk memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawanan kepada golongan belia seperti berikut:
- Kursus Asas Keusahawanan;
- Kursus Pemasaran;
- Kursus Pengurusan Kewangan; dan
- Kursus Rancangan Perniagaan
- Program Jom Kerja berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor bermula tahun 2009 – 2013 dengan pencapaian seramai 2,946 pemohon yang berjaya di temu duga, selain itu pemohon diberi pendedahan khidmat nasihat serta pengalaman cara bagaimana sesi temu duga
Program Jom Kerja berbentuk Kursus Kerja Berkualiti menjadi satu platform kepada para peserta untuk bertemu dengan bakal majikan untuk mencari peluang pekerjaan sedia ada. Kursus ini dijalankan selama dua hari dan akan membina kekuatan peserta melalui modul
pembangunan insan yang terancang demi melahirkan tenaga kerja yang berkualiti. Pada tahun 2012, sebanyak 11 program telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan penyertaan seramai 800 orang.