Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
220) BELIA BERNIAGA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memberi peruntukan sebagai modal permulaan perniagaan kepada penganggur terdiri dari belia rakyat Selangor yang berada di dalam atau di luar dari negeri Selangor dengan syarat-syarat yang tidak membebankan?
Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan kemudahan dalam memberi peruntukan sebagai modal permulaan perniagaan kepada penggangur terdiri dari belia rakyat Selangor yang berada di dalam atau di luar dari negeri Selangor melalui dua kaedah pinjaman sebagaimana berikut :-
- Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) yang bermatlamat membantu golongan miskin memperolehi dana bagi memulakan perniagaan. Skim ini berbentuk pinjaman kewangan maksimum RM3,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Skimsel tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.
- Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor merupakan pinjaman mikrokredit Qardul Hasan iaitu tanpa faedah & caj pengurusan dengan memberi pinjaman antara RM1,000 – RM5,000 dengan tempoh bayaran balik dalam masa 18 bulan.