Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

87) BELIA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif kerajaan bagi melahirkan lebih ramai pelapis pemain bola sepak negeri bertaraf bintang?

    Di antara inisiatif kerajaan bagi melahirkan lebih ramai pelapis pemain bola sepak negeri bertaraf bintang ialah mengasah bakat anak-anak muda di peringkat sekolah dalam penganjuran kejohanan sukan bola sepak di peringkat sekolah yang dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam sukan. Di samping itu, ia juga adalah salah satu usaha untuk melahirkan lebih ramai atlit elit dan Olimpik serta merupakan cara untuk mengenal pasti atlit-atlit yang berpotensi mengharumkan nama negeri dalam bidang sukan.

  2. Apakah inisiatif kerajaan untuk memberi ruang yang cukup kepada para belia mengapresiasi suara, bakat dan keterampilan mereka dalam bentuk media, sukan dan lain-lain?

    Inisiatif kerajaan untuk memberi ruang yang cukup kepada para belia untuk mengapresiasi suara, bakat dan keterampilan ialah dengan mengadakan program-program pembangunan kepada belia contohnya pengucapan umum dan pertandingan pidato yang dapat mencungkil bakat, suara dan keterampilan para belia dalam menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang. Seterusnya, Program Seminar Pembangunan Belia adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada para belia untuk menyuarakan pandangan dan pendapat dalam usaha kerajaan untuk membangunkan dan memajukan belia. Seterusnya, Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan Laman Sesawang Belia Ehsan Selangor (BES) yang boleh dijadikan sebagai medan pengantara di kalangan belia untuk mendapatkan maklumat, menyuarakan pendapat dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.