Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

148) BELIA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah wawasan negeri terhadap generasi belia Selangor masa hadapan?

    Wawasan Negeri terhadap generasi belia Selangor pada masa hadapan adalah berteraskan kepada Visi bagi Melahirkan Belia Ehsan Selangor (BES) dan Misinya adalah untuk Membangunkan belia negeri selangor melalui penggerak belia tempatan (PeBT) berpandukan enam teras utama iaitu Kepimpinan, Pendidikan, Ekonomi, Kemasyarakatan, Kebudayaan dan Sukan.

  2. Apakah perancangan pengisian dan program belia bagi tahun 2014?

    Perancangan dan pengisian program belia tahun 2014 merangkumi enam teras utama iaitu;

    1. Kepimpinan
      ii. Pendidikan
      iii. Ekonomi
      iv. Kemasyarakatan
      v. Kebudayaan
      vi. Sukan

    Antara program utama peringkat negeri tahun 2014;

    i.   Program Insentif Perkahwinan Belia.
    ii.         Sambutan Hari Belia Antarabangsa
    iii.        Sambutan Hari Sukan Antarabangsa
    iv.   Program Walkathon BES

    1. Sidang Belia Negeri Selangor
      vi. Program Usahawan Belia Selangor
      vii. Bengkel Pengucapan Awam
      viii.        Bengkel Kepimpinan PeBT
  3. Bagaimana kerajaan negeri dapat menyemai nilai-nilai murni dalam program-program belia?

    Kerajaan Negeri dapat menyemai nilai-nilai murni melalui program-program belia di mana pada tahun 2013 yang lepas, program-program belia adalah bertemakan kepada ‘Belia Merdeka Tolak Rasuah’. Belia diajar dan dididik supaya menolak rasuah dan meningkatkan integriti supaya Negeri Selangor mencapai sebuah negeri yang mempunyai warga kerja dan masyarakat terutama belia yang berintegriti.

    Manakala bagi tahun 2014, tema atau masej belia adalah ‘Belia Sihat Tanpa Dadah’. Dadah adalah punca segala masalah sosial yang semakin meningkat dan berleluasa di Negara ini. Tema ini dipilih bagi mengingatkan dan mengajak para belia melakukan aktiviti sihat dan menghindari dadah.

    Melalui PeBT, kita mengajak para belia di desa mahupun di bandar untuk mengadakan program-program pembangunan belia berdasarkan kepada enam teras utama. PeBT merupakan penggerak atau agen di peringkat akar umbi yang menyampaikan maklumat dan misi kerajaan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.