Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

125) BELIA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bersedia memperuntukkan geran bantuan kepada usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan?

    Kerajaan bersedia memperuntukan geran bantuan kepada usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan melalui dua kaedah pinjaman sebagaimana berikut :-

    • Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) yang bermatlamat membantu golongan miskin memperolehi dana bagi memulakan perniagaan. Skim ini berbentuk pinjaman kewangan maksimum RM3,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Skimsel tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.
    • Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor merupakan pinjaman mikrokredit Qardul Hasan iaitu tanpa faedah & caj pengurusan dengan memberi pinjaman antara RM1,000 – RM5,000 dengan tempoh bayaran balik dalam masa 18 bulan.
  2. Apakah rancangan kerajaan bagi menyediakan pemimpin pelapis di masa akan datang?

    Kerajaan memandang serius terutama kepada golongan belia yang bakal menjadi pemimpin serta pelapis di masa akan datang. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah merancang pelbagai program sebagai persediaan dalam melahirkan golongan belia yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Sebagai contoh, Kursus Asas Kepimpinan PeBT diwujudkan untuk melahirkan golongan belia yang memiliki keupayaan untuk mendepani cabaran semasa dan mampu menguruskan cabaran dengan lebih inovatif, kreatif serta sesuai dengan suasana masa kini ( market-oriented). Seterusnya, Program Kursus Asas Kepimpinan dan Pengucapan Awam juga dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia dalam mempertingkatkan keyakinan diri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.