Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
186) BELIA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan tindakan bagi mengatasi belia berpelesiran?
Kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah golongan belia termasuklah masalah belia berpelesiran. Bagi menangani masalah tersebut. Kerajaan negeri telah menganalpasti beberapa langkah iaitu :-
- Penganjuran aktiviti/ program
Kerajaan Negeri melalui kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan menganjurkan beberapa program seperti kejohanan Futsal Gen-S dan ‘Prorgram Youth In Community’ bagi mengisi masa lapang golongan belia.
- Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di setiap zon di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Penggerak Belia Tempatan (PeBT) ditubuhkan bagi menggerakkan program-program belia diperingkat akar umbi.
- Membaikpulih Infrastruktur Sukan
Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 800,000 bagi membaik pulih, menaiktaraf kemudahan sukan. Selain daripada itu, di bawah Program Selangorku Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM 30 juta untuk membina infrastruktur sukan. Dengan adanya kemudahan infrastruktur sukan yang baik akan menggalakkan penglibatan para belia dalam aktiviti sukan sebagai menangani gejala belia berpelesiran.
- Program Jom Kerja
Program ini dianjurkan bagi membuka peluang pekerjaan kepada para belia. Dengan adanya pekerjaan tetap di kalangan belia masa lebih banyak ditumpukan terhadap karier mereka sekaligus mengurangkan masa untuk berpelesiran.