Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
200) BELANJAWAN UNTUK PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah belanjawan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor. Sila senaraikan semua perbelanjaan.
Bajet 2010 yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor merangkumi
pelbagai aspek sama ada segi sosial mahupun fizikal selari dengan visi Negeri
Selangor iaitu menjadikan Negeri Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan
Berkebajikan. Justeru itu, tiada perbelanjaan khusus yang disediakan oleh Kerajaan
Negeri bagi tujuan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.
Sekiranya Bajet 2010 diperincikan bagi tujuan pembangunan di Daerah Hulu
Selangor sahaja, sejumlah RM 3,914,800.00 telah diperuntukkan bagi tempoh
Januari hingga Disember 2010 iaitu:
Bil PERKARA KOS (RM)
1 Projek-projek kecil Daerah Hulu Selangor yang
merangkumi projek-projek pembangunan luar
Bandar seperti pembinaan jalan kampung,
jambatan, longkang dan sebagainya.
3,735,000.00
2 Program Penglibatan Rakyat dalam usaha
pembangunan ekonomi negeri yang merangkumi
program-program meningkatkan taraf hidup rakyat
77,800.00
3 Program Pendidikan dan agama yang merangkumi
program kecemerlangan pelajar, program tenikteknik mendidik anak remaja, program motivasi dan
teknik Skor A dan juga forum dan tahlil Perdana
102,000.00
Jumlah 3,914,800.00 -
Adakah penggunaan bajet kerajaan untuk pilihanraya kecil adalah betul. Sila jelaskan
Bajet atau peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan
pelbagai projek dan program merupakan program berterusan yang komprehensif dan
memberi manfaat kepada seluruh penduduk negeri Selangor dan tidak hanya
bertujuan bagi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sahaja.