Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

86) BELANJAWAN TAHUNAN NEGERI DAN PEMBANGUNAN KAFAI DAN SRAI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah belanjawan Kerajaan Negeri yang diperuntukkan kepada JAIS diterjemahkan dalam membantu KAFAI dan SRAI?

    SRAI merupakan sekolah bantuan penuh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri menanggung sepenuhnya daripada segi penyediaan guru, bangunan, utiliti, kawalan keselamatan dan pembersihan kawasan. Manakala bagi KAFAI pula Kerajaan Negeri hanya menyediakan 3/4 daripada jumlah guru sedia ada di sekolah

  2. Terdapat aduan daripada PIBG bahawa bantuan JAIS kepada SRAI dan KAFAI masih belum boleh mengatasi keperluan asas seperti meja dan kerusi untuk murid-murid. Sila beri ulasan.

    Keperluan meja dan kerusi disediakan berdasarkan jumlah pelajar dan mencukupi setakat ini kecuali jika ada penambahan bilangan pelajar di luar jangkaan

  3. Apakah JAIS ada membuat perancangan induk bagi membantu seluruh sekolah-sekolah ini mengatasi masalah sebegini?

    Perancangan untuk membantu seluruh sekolah adalah menjadi keutamaan JAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.