Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
263) BELANJAWAN RESPONSIF GENDER
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan Belanjawan Responsif Gender (GRB)?
Pelaksanaan Belanjawan Responsif Gender (GRB) di Negeri Selangor. Ini merupakan antara agenda besar dan komitmen kita dalam mengurusperdanakan gender di peringkat Kerajaan Negeri selaras dengan Agenda wanita Malaysia.
Buat masa ini Kerajaan Negeri masih dalam peringkat kajian bagi membolehkan proses pengumpulan data dan analisa dijalankan.
-
Jika ya, apakah usaha agar memastikan GRB dilaksanakan di semua peringkat kerajaan, khususnya PBT di negeri Selangor?
Sama seperti di SUB (a)