Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

253) BELANJAWAN RESPONSIF GENDER

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Selangor pernah mengkaji dan menyediakan belanjawan responsif gender?

     a) dan b)

    Kerajaan Negeri Selangor tidak menggunakan Belanjawan Responsif Gender sebagai dasar dalam menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan di mana semua program yang dilaksanakan adalah bersifat adil kepada kaum lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira perspektif serta keprihatinan masyarakat terhadap kaum wanita, Kerajaan Negeri telah menyediakan beberapa agenda dan program dalam memartabatkan wanita di Selangor selaras dengan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2017 – 2020 yang telah dilancarkan pada 4 Oktober 2017 (Rabu) bertempat di SACC Shah Alam.

    Di antara komitmen Kerajaan Negeri adalah dengan menyediakan peruntukan bagi tujuan pelaksanaan program-program khusus untuk wanita dalam tahun 2017 melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga seperti berikut :

    BIL PERKARA/ PROGRAM JUMLAH (RM)
    1. –     Pusat Wanita Berdaya (PWB) 2,000,000.00
    –     Program Pembangunan Wanita dan Keluarga 425,000.00
    –     Program Pemberdayaan Ekonomi Wanita dan Keluarga 130,000.00
    –     Program Kempen-Kempen Kesedaran / Advokasi 300,000.00
    –     Program-Program Sambutan Wanita 125,000.00

     

    BIL PERKARA/ PROGRAM JUMLAH (RM)
      –     Program-Program Usahasama 20,000.00
    –     Institut Wanita Berdaya (IWB) 10,000,000.00
    2. Pusat Krisis Sehenti 50,000.00
     

    3.

    Skim Kesihatan Wanita (SKW)

    – Program Mammogram Selangor (MammoSel)

     

    1,000,000.00

    JUMLAH KESELURUHAN PERUNTUKAN 14,050,000.00

     

  2. Berapakah jumlah bajet yang pernah diperuntukkan untuk belanjawan responsif gender?

Lampiran

Tiada Lampiran.