Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

105) BELANJAWAN MBPJ 2015

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pecahan belanjawan 2014 dan 2015?

    MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

    RINGKASAN ANGGARAN HASIL DAN PERBELANJAAN TAHUN 2015

    HASIL 2014

    RM

      2015

    RM

    Hasil Cukai 204,000,000   220,000,000
    Hasil Bukan Cukai 92,476,100   97,503,900
    Geran Keseimbangan :-

    i)    Persekutuan

     

    5,000,000

       

    5,000,000

    ii) Negeri  
    Sumbangan Bantu Kadar 1,750,180   1,583,300
    Pulangan Balik Perbelanjaan 1,752,000   1,772,000
    Jumlah Hasil 304,978,280   325,859,200
    PERBELANJAAN      
    Emolumen 85,077,150   91,425,060

     

    Perkhidmatan dan Bekalan 178,133,670   190,123,910
    Aset 7,766,780   25,168,000
    Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 1,524,790   1,729,530
    Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain 5,267,440   6,658,930
    Perbelanjaan Mengurus 277,769,830   315,105,430
    Perbelanjaan Pembangunan Biayaan Majlis 46,550,060   56,616,030
      2014   2015
      RM   RM
     

    Jumlah Perbelanjaan

     

    324,319,890

       

    371,721,460

    Kelebihan/ (Kekurangan) (19,341,610)   (45,862,260)
    Jumlah Besar 304,978,280   325,859,200
  2. Berapakah yang diperuntukkan untuk pembangunan baru infrastruktur 2015 berbanding 2014?

    Program 2014

    RM

    2015

    RM

    Tambahan / Kurangan
    RM %
    Jalan, Perparitan & Jambatan 21,886,020 25,098,010 3,211,990 14.68
  3. Berapa yang dibelanjakan dan nyatakan pulangan penganjuran fiesta/festival antarabangsa tersebut

    • Justifikasi kepada penganjuran

     

    1. Penganjuran PJ International Fair merupakan salah satu program di bawah Rangka Kerja Polisi Sustainable 2030 di bawah Halatuju Utama : Habitat Kita (Mewujudkan Bandaraya Indah Dan Berdaya Murni). Seksyen 52 dipilih bagi pelaksanaan projek perintis “Livable City Petaling Jaya”.

     

    1. Pemilihan Seksyen 52 sebagai lokasi projek perintis “Livable City Petaling Jaya” adalah berdasarkan pandangan pemilik-pemilik kedai sekitar pusat Bandar seksyen 52 semasa dialog bersama YAB Dato Menteri Besar Selangor di Dewan Sivik, MBPJ di bawah program khas Mesra Rakyat dan Pelancaran Logo Selangorku

     

    pada 14 Oktober 2011 yang menyatakan bahawa Pusat Bandar Seksyen 52 , walaupun menjadi pusat pentadbiran utama di Petaling Jaya tetapi merupakan bandar mati kerana  aktiviti ekonomi dan sosial tidak berlaku sepertimana bandar-bandar lain. Lanjutan daripada itu YAB Dato Menteri Besar meminta supaya MBPJ mengambil langkah-langkah sewajarnya terhadap pandangan tersebut. Tindakan untuk menghidupkan aktiviti ekonomi sosial dan budaya di pusat bandar utama ini adalah bagi menyahut seruan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan pandangan daripada pemilik-pemilik kedai di Pusat Bandar tersebut.

     

    • Penganjuran aktiviti bertaraf antarabangsa PJ International Fair 2014 di Seksyen 52, Petaling Jaya selain disebabkan oleh perkara
      • dan (ii) di atas, juga merupakan salah satu langkah untuk menjadikan MBPJ sebagai sebuah “Pihak Berkuasa Tempatan bersaing” dimana pewujudan “hubungan antarabangsa” menjadi sebahagian daripada kriteria di bawah “star rating” Pihak Berkuasa Tempatan di negara

     

    1. MBPJ adalah di antara PBT di negeri Selangor yang telah mempunyai hubungan antarabangsa dengan beberapa buah bandaraya luar negara di bawah Program “Sister City” seperti Guangzhou Cina, Bandung Indonesia dan Saitama, Jepun. Sebagai satu langkah untuk mempromosikan bandaraya Petaling Jaya, penganjuran PJ internasional fair menjadi kesempatan terbaik untuk menunjukkan kelebihan Petaling Jaya disamping memberi peluang untuk hubungan baru dengan bandaraya- bandaraya yang lain yang menjadi peserta festival

     

    • Faedah / Pulangan Penganjuran

     

    1. Memperkenalkan bandaraya Petaling Jaya di mata

     

    1. Kehadiran lebih 174 peserta daripada 9 buah negara dan

    170 peserta daripada 7 negeri di Malaysia telah dapat mempromosikan bandaraya Petaling Jaya di mata dunia dan di peringkat kebangsaan. Peserta-peserta ini telah diberi pendedahan kepada kemudahan utama yang terdapat di Petaling Jaya seperti Hotel-hotel, Pusat Membeli Belah, Bazar Muhibbah dan lain-lain lokasi tarikan utama di Petaling Jaya.

     

    1. Meningkatkan sektor pelancungan di Petaling Jaya dan di Negeri Selangor.

     

    1. Sektor pelancongan seperti bidang perhotelan, pusat membeli belah dan bazaar di Petaling Jaya telah menerima impak yang positif hasil kunjungan lebih 300 peserta luar dan dalam negara sepanjang penganjuran festival antarabangsa ini. Bilangan pengunjung di pusat-pusat membeli belah telah meningkat dengan adanya persembahan “pocket show” dari kumpulan kebudayaan 9 buah negara luar dan 7 kumpulan negeri-negeri di

     

    1. Sepanjang festival antarabangsa ini, produk-produk pelancongan dari Negeri Selangor dan negeri-negeri lain di Malaysia juga dipamerkan meliputi hasil-hasil kraftangan dan permainan tradisional negeri-negeri berkenaan. Ini bukan sahaja memberi kesan positif kepada sektor pelancongan di Negeri Selangor tetapi di negeri-negeri lain di Malaysia

     

    • Mempromosikan budaya rakyat dan permainan tradisional negeri Selangor dan negeri-negeri lain di

     

    1. Penganjuran festival antarabangsa bertemakan kebudayaan dan kesenian rakyat ini dapat mempromosikan budaya dan cara hidup rakyat negeri Selangor dan negeri-negeri lain di Malaysia kepada peserta-peserta luar negara dan juga pengunjung daripada penduduk Petaling Jaya.

     

    1. Faedah kepada Penduduk Petaling jaya Golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak mampu ke luar

     

    1. Penduduk Petaling Jaya yang berpendapatan rendah dan tidak mampu ke luar negara berpeluang melihat budaya dan cara hidup negara-negara luar seperti Thailand, Mesir, Korea, Ghana, Iran dan Indonesia serta negeri-negeri di Malaysia seperti Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor.

     

    1. Faedah ekonomi kepada peniaga-peniaga Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya

     

    1. Bilangan pengunjung  bagi  festival  antarabangsa  ini berjumlah 15,000 orang dari dalam dan luar negara memberi impak positif kepada aktiviti ekonomi di Pusat Bandar Seksyen 52 yang telah menawarkan perkhidmatan restoran dan hotel-hotel budget.

     

    1. Penerimaan positif penduduk Petaling Jaya

     

    1. Kajian pendapat yang dibuat oleh Unit Perhubungan Awam MBPJ di lokasi-lokasi persembahan “pocket show” dan tapak festival antarabangsa mendapat maklumbalas positif penduduk Petaling Jaya dan meminta MBPJ memperbanyakkan aktiviti persembahan kebudayaan untuk memberi pendedahan kepada penduduk tempatan seterusnya menghidupkan Bandar Petaling Jaya.

     

    • Kemudahan Infrastruktur Baru di Pusat Bandar Seksyen 52,

    Petaling Jaya

     

    1. Sempena penganjuran aktiviti PJ International Festival, kemudahan infrastruktur sediada di Pusat Bandar Seksyen

    52 telah dipertingkatkan dan diperbaharui dengan penyediaan tempat-tempat awam yang baru seperi “boulevard”, pengindahan pintu-pintu gerbang dan jejambat pejalan kaki, pengindahan lorong belakang kedai, penyediaan tong-tong sampat baru, penanaman pokok- pokok landskap, penyediaan lampu-lampu berhias, pembinaan ramp dan tempat letak kereta OKU serta lain-lain kemudahan yang memberi manafaat kepada pengunjung ke Pusat Bandar Seksyen 52. Secara keseluruhannya kemudahan-kemudahan ini telah membawa keceriaan dan keindahan kepada Pusat Bandar Seksyen 52 sebagai Pusat Separa Wilayah bagi bandaraya Petaling Jaya.

     

    • Perbelanjaan Penganjuran

     

    Perbelanjaan bagi penganjuran PJ International Fair 2014 – Folklore Festival adalah RM439,600.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.