Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

170) BELANJAWAN 2016 KERAJAAN TELAH MELULUSKAN RM10 JUTA UNTUK BIASISWA PENGAJIAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah RM yang telah dikeluarkan untuk pelajar?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan tahunan sebanyak RM10.0 juta setahun untuk pelaksanaan Program Khas Biasiswa Selangorku dengan peruntukan awal sebanyak RM5.0 juta. Setakat Oktober 2016, sejumlah RM1.2 juta daripada peruntukan awal tersebut telah dibelanjakan bagi penajaan 110 penerima Biasiswa yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Perbelanjaan ini meliputi bayaran yuran pengajian dan Elaun Sara Diri kepada 110 penerima biasiswa

  2. Apakah strategi kerajaan negeri bagi memastikan pelajar yang menerima biasiswa ini akan menyumbang bakti kerja untuk negeri selangor.

    Kerajaan tidak menetapkan sebarang terma atau syarat yang mewajibkan penerima Biasiswa Selangorku untuk berkhidmat di Negeri Selangor. Ini adalah kerana dasar pengambilan kakitangan lantikan negeri di Pentadbiran Negeri Selangor adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Negeri Selangor (SPN).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.