Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
197) BEKAS LOMBONG SRI MANJA, PJS 3
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pernah dijalankan kajian akan kesan pengeluaran gas daripada lombong terhadap penduduk di kawasan sekitar?
- MBPJ pernah menjalankan ”Kajian Penilaian Pencemaran Persekitaran dan Geoteknikal di Kawasan Tasik Lombong PJS 3, Taman Sri Manja, Petaling Jaya” dengan skop kerja seperti berikut:
- Mengenalpasti jenis pencemaran dan menilai risiko pencemaran daripada tanah, air larut resap, gas, udara persekitaran ”ambient air” , air permukaan dan air bawah tanah.
- Menilai ciri-ciri fizikal kawasan dari segi geologi, hidrologi, perparitan dan faktor- faktor lain yang mungkin mempengaruhi penyebaran atau pergerakan pencemaran.
- Menjalankan kajian dari segi kejuruteraan, ”sub-surface soil exploration” dan ”surface water modelling”,
- Menentukan risiko kesihatan dan persekitaran setelah pencemaran dikenalpasti,
- Mencadangkan tindakan jangka masa pendek dan jangka masa panjang di dalam mengurangkan dan mengawal tahap gas H2S di kawasan sekitar,
- Mencadangkan program pemantauan
-
Apakah peruntukan undang-undang ke atas pemilik hartanah yang menyebabkan gangguan ke atas penduduk sekitar?
- MBPJ boleh mengambil tindakan keatas pemilik hartanah yang menyebabkan gangguan keatas penduduk sekitar mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) para 101
(v) iaitu kuasa-kuasa tambahan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu ” melakukan segala perkara yang perlu untuk atau yang bermanfaat kepada keselamatan, kesihatan dan kesenangan awam”.
-
Apakah cadangan kerajaan negeri terhadap bekas lombong yang tidak boleh dibuat apa-apa pembangunan sekurang-kurang sepuluh tahun lagi?
- MBPJ sedang mengkaji tindakan undang-undang yang sesuai keatas pemilik-pemilik tanah yang terlibat di atas lombong busuk di Sri Manja PJS 3 Petaling