Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

163) BEKAS LOMBONG PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan diambil ke atas bekas lombong pasir agar ia tidak mendatang kesan buruk terhadap alam sekitar dan penempatan berhampiran ?

    Tindakan yang akan diambil ke atas bekas lombong pasir agar ia tidak mendatang kesan buruk terhadap alam sekitar dan penempatan berhampiran adalah dengan melaksanakan aktiviti perlombongan pasir secara mapan dengan mempraktikkan perlombongan terbaik serta penggunaan teknologi terkini yang mesra alam. Perlombongan mapan atau sustainable mining ini hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh melalui perancangan komprehensif cara-cara membaik pulih atau rehabilitate kawasan perlombongan yang dikenal pasti pada peringkat sebelum aktiviti perlombongan dimulakan. Ini dikuti dengan pelaksanaan progressive rehabilitation semasa operasi lombong masih berjalan dan menjalankan kerja-kerja membaik pulih selepas aktiviti melombong pasir telah selesai.

  2. Adakah operasi korek pasir akan memberi kesan buruk kepada sistem ekologi?

    Persepsi masyarakat terhadap industri perlombongan / pengorekan pasir adalah industri ini merupakan industri yang merosakkan alam sekitar dan sistem ekologi. Ini disebabkan pihak industri tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam melaksanakan aktiviti pemulihan lombong pasir. Penyediaan dan pelaksanaan satu pelan perancangan caracara membaik pulih atau rehabilitate ke atas bekas-bekas lombong secara komprehensif akan memberikan hala tuju yang jelas mengenai aktiviti pemulihan dan seterusnya menghapuskan persepsi masyarakat. Selain itu, dengan adanya pelan pemulihan ini, Negeri Selangor akan dapat mengatasi isu-isu alam sekitar yang berkaitan antara lainnya seperti perubahan iklim dan pemanasan global. Selain itu, penubuhan KSSB merupakan signifikasi dan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan aktiviti perlombongan pasir di Negeri Selangor dijalankan secara terancang dan mengikut ‘best practices’.

Lampiran

Tiada Lampiran.