Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

268) BEKALAN TENAGA ELEKTRIK DI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jaminan dan ganti rugi TNB kepada para pelanggannya di Selangor khususnya pelanggang industri yang menghadapi kerugian akibat bekalan tenaga elektrik yang terputus-putus dan tidak stabil di Kuala Langat dan Selangor?

    Sebagai syarikat utiliti, TNB sentiasa komited untuk memberikan bekalan yang berkualiti dan berdaya harap. Walaubagaimanapun, pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) telah menetapkan ‘ Perfomance Standard of Electricity Supply Services terhadap TNB sebagai penanda aras. Sekiranya pihak TNB gagal mematuhinya, maka penalti akan dikenakan melalui pembayaran rebat kepada pengguna iaitu berdasarkan Guaranteed Service Level’ yang diwartakan.

     

    Disamping itu, TNB juga sedang melakukan penambahbaikan terhadap sistem bekalan elektrik termasuk di Kuala Langat dan kami yakin isu terputus bekalan di kawasan terbabit akan dapat diatasi secepat mungkin.

Lampiran

Tiada Lampiran.