Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
28) BEKALAN DAGING SEGAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan status bekalan daging mentah meliputi ayam, daging lembu dan kambing?
Komoditi Permintaan Pengeluaran Kadar Saradiri Ayam 176,475 tan 70,590 tan 40% Daging Lembu 45,714 tan 960 2.1% Kambing 4,500 tan 90 2.0% -
Apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan bekalan daging untuk kegunaan rakyat tempatan mencukupi?
Strategi kerajaan negeri untuk memastikan bekalan daging untuk kegunaan rakyat tempatan mencukupi adalah :
- Menambah bilangan ladang komersial
- Meningkatkan produktiviti ladang sedia ada
- Menggalakkan intergrasi ternakan dengan ladang kelapa sawit.
- Menumpukan kepada aktiviti hiliran (pemprosesan) daging
- Mengimport daging daripada negeri-negeri lain dan luar negara.
[MAKLUMAT TAMBAHAN]
Sebagai sebuah negeri yang lebih menumpukan ekonomi kepada sektor hartanah, perkhidmatan dan pembuatan (perindustrian), negeri Selangor dijangka tidak mampu untuk mencapai saradiri dalam pengeluaran daging pada masa hadapan akibat kekurangan sumber seperti tanah dan makanan. Namun, penduduk negeri ini mempunyai kuasa beli lebih tinggi untuk mengimport daripada negeri-negeri lain dan luar negara seperti India. Tambahan pula, negeri ini merupakan hub pemasaran dan pemprosesan daging negara. Maka itu, isu kekurangan daging tidak timbul di negeri ini.
Anak syarikat yang terbabit dalam projek ternakan adalah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor atau PKPS dam bidang Lembu Daging, Lembu Susu dan Ayam.
-
Adakah anak syarikat terbabit dalam projek ternakan?