Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

190) BEKALAN AIR TERAWAT DI TAMAN NAQSYABANDIAH

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon menyatakan perkembangan terkini program pemasangan paip retikulasi yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri pada 2016 di Taman Naqsyabandiah.

    Rekabentuk terperinci bagi projek di Taman Naqsyabandiah tersebut telahpun disiapkan oleh juruperunding yang dilantik. Panggilan tender dijangka akan dibuat pada penghujung bulan Mac 2018 dan kerja-kerja dijangkakan bermula pada Ogos

  2. Apakah masalah sebenar yang menyebabkan projek itu belum dapat disiapkan?

    1. Kekurangan tekanan merupakan masalah yang dihadapi di Taman Naqsyabandiah sejak dahulu lagi. Air Selangor telah membuat kajian dan merancang kerja-kerja penaiktarafan sistem bekalan air secara berperingkat bagi taman ini.

     

    Dalam fasa pertama, sebuah Tangki Menara telah dibina pada Ogos 2014 dalam kawasan Kolam Semenyih Lama.

     

    Dalam fasa kedua, pam penggalak telah dipasang pada tahun 2017 bagi menggalakkan tekanan masuk ke Tangki Menara.

     

    Kini, penaiktarafan tersebut telah masuk ke fasa ketiga di mana, sistem retikulasi akan ditukar sepenuhnya dan Tangki Menara lama yang berada di kawasan Taman Naqsyabandiah akan ditanggalkan bagi memastikan keseluruhan sistem berjalan lancar.

    Walau bagaimanapun, beberapa rumah yang dibina lebih tinggi daripada Top Water Level Tangki Menara lama akan mengalami kekurangan tekanan kerana ianya dibina selepas kajian penaiktarafan dilakukan. Pengguna-pengguna ini dijangkakan perlu memasang pam penggalak individu di rumah masing-masing bagi menikmati tekanan air yang normal.

     

  3. Berapakah kos yang diperuntukkan untuk kerja-kerja tersebut?

    Kos keseluruhan yang diperuntukkan bagi projek pemasangan paip retikulasi tersebut adalah sebanyak RM3.3 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.