Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
129) BEKALAN AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan untuk memastikan kualiti bekalan air sentiasa dikekalkan dalam tahap kebersihan dan keselamatan untuk digunakan oleh pengguna sementara tarif air tidak naik ?
Di bawah struktur baharu ini, pembiayaan ke atas perbelanjaan modal (CAPEX) akan ditanggung oleh Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”). Ini berbeza dengan sistem yang terdahulu di mana CAPEX adalah ditanggung oleh syarikat konsesi. Selain daripada mendapat penjimatan di atas kos operasi, Air Selangor akan dapat menumpukan perhatian kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan memastikan kualiti bekalan air sentiasa
-
Bilakah Pengurusan Air Selangor S/B akan menjalankan kerja tukar paip usang di Kuala Langat?
Air Selangor telah mengenal pasti 27 km paip air yang sering pecah atau bocor di Kuala Langat. Program untuk menggantikan paip lama di Kuala Langat bergantung kepada kelulusan Pelan Perniagaan Air Selangor bagi tempoh 3 tahun oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan ketersediaan dana Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Jika diluluskan, program penggantian paip di Kuala Langat akan bermula pada