Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
22) BEKALAN AIR PERCUMA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah 20 meter padu bekalan air akan diberi percuma dan adakah Kerajaan Negeri Selangor perlu membayar kepada Syarikat SYABAS sebagai ganti rugi ?
Dasar pemberian 20m3 bekalan air terawat secara percuma kepada penduduk
Negeri Selangor sedang di peringkat pelaksanaan. Kajian impak dari segi
ekonomi, perundangandan sosial sedang disediakan oleh pihak berkuasa negeri
bagi memastikan dasar ini memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat
di Negeri Selangor. Jangkaan pelaksanaan dasar ini adalah bermula pada
bulan Jun 2008. Pelaksanaan dasar ini akan memberi kelebihan kepada
pengguna domestik terutama yang berpendapat rendah. Dianggarkan sejumlah
1,291,045 penggunadomestik menerima manfaat ini iaitu 61.1% daripadajumlah
pengguna di Selangor. Dari segi bayaran ganti rugi, satu kaedah yang lebih
ekonomik sedang disediakan bagi memastikan pihak SYABAS dan pengguna
mendapat manfaat dari dasar tersebut tanpa tanggungan kerugian oleh manamana pihak.