Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

16) BEKALAN AIR PERCUMA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor melengah-Iengahkan pelaksanaan pemberian bekalan air untuk kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan?

    Kerajaan Negeri masih dalam proses mengkaji dan meneliti kaedah terbaik bagi melaksanakan dasar pemberian air percuma sebanyak 20m3 bagi pendudukpenduduk negeri Selangor. Kajian ini meliputi impak dari segi ekonomi, perundangan dan sosial bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat sepenuhnya.

  2. Bilakah tarikh sebenar pemberian bekalan air tersebut akan dilaksanakan supaya rakyat Selangor tidak ternanti-nanti ?

    Tarikh yang dicadangkan bagi pelaksanaan dasar ini adalah pada bulan Jun
    2008.

  3. Apakah persetujuan yang telah dicapai daripada syarikat yang membekalkan air tersebut dan berapakahjumlah bayaran yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkanbekalan air tersebut secara percuma?

    Sehingga kini perbincangan dan perundingan telah pun dijalankan termasuklah membuat pengiraan mengenai kos yang akan ditanggung bagi mendapatkan air percuma tersebut. Kos yang terlibat bagi melaksanakan dasar 20m3 percuma dianggarkan sejumlah RM14,717,913.00 akan terlibat bagi menanggung dasar pemberian 20m3 percuma kepada 1,291 juta pengguna domestik di Negeri Selangor tidak termasuk penduduk-pendudukdi Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.