Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
196) BEKALAN AIR PERCUMA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk meningkatkan pemberian jumlah isi padu air percuma bagi pengguna bermeter individu dalam masa terdekat?
-
Bilakah sasaran dan apakah program-program bagi migrasi sepenuhnya daripada meter pukal ke meter individu bagi pemilik-pemilik rumah berstrata di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memberi manfaat nilai bekalan air percuma bagi pemilik rumah berstrata yang telah bersetuju untuk migrasi dari meter pukal ke meter individu tetapi masih terhalang pelaksanaannya disebabkan masalah-masalah teknikal?