Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

148) BEKALAN AIR KECEMASAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status pelaksanaan penyambungan kolam takungan HORAS ke LRA SSP 1,2,3 dan Kolam Takungan (Pond C) ke LRA Semenyih.

    Pelaksanaan projek pengepaman air mentah dari kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor dan Kolam Takungan (Pond C) di Sungai Semenyih melibatkan 4 pakej kerja utama iaitu:-

    Kontraktor bagi pakej B, C dan D telah dilantik pada Disember 2021 dan pada ketika ini kerja-kerja di tapak melibatkan kerja-kerja awalan seperti kerja-kerja siasatan tanah (soil investigation), dilapidation survey dan kerja-kerja pembersihan tapak.

    Bagi Pakej A, pelantikan kontraktor akan dimuktamadkan pada 01 Jun 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.